Tuesday, August 2, 2011

Akta 15?

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Jeff dan Rose selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Jeff : "Kita nak kemana nie?
Rose : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Jeff : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rose : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Jeff meletakkan tangannya di paha Rose.. nampaknya Rose tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Jeff mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rose masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Jeff mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rose berkata dengan sopan..

"Abang Jeff... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rose itu.. Jeff terus menarik tangannya menjauhi Rose.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Jeff : "Maafkan saya"
Rose : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Jeff terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan
Separuh Jalan Sahaja"

Wakakakaka... ... ...

No comments:

Post a Comment