Tuesday, August 2, 2011

Jangan Terlalu Yakin

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu..."

"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"

Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela :

"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru :

"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

Esok baru cabut!

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


Pemain simpanan

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Hahahhahaha

Tolong?

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

3 Pesalah

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Dreber Tersepit...

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Hahahahhahaha

Belon..

Husin seorg budak kecil yang baru belajar bercakap.. satu hari semasa mandi di sungai dengan emaknya, Husin hairan tengok emaknya yg sedang berkembam dan punya dada yg kembang lalu bertanya... mak apa yg di dada mak 2 dan kenapa ia besar?...

Emaknya terkejut dan tercari cari jawabanya.. lalu berkata.. nanti sayang tanya pada ayah semasa sarapan pagi esok ahh... Husin mengangguk kepala tanda setuju.

Semasa sarapan pagi.. Husin tidak lupa lalu bertanya soalan yg sama kepada ayahnya.. ayahnya pun terkejut dengan soalan itu tapi dengan spontan dia menjawab... sayang.. yg di dada mama tu ialah belon nti bila mama mati kita tiup bellon supaya belon tu bawa mama naik sorga.. Husin pun mengangguk kepala tanda stuju...

Satu petang semasa bapa Husin balik dari kerja, Husin duduk ditangga sedang menangis lalu bapanya bertanya kenapa menangis.. mama akan mati jawab Husin ringkas.. kenapa sayang cakap begitu tanya bapanya balik.. lalu Husin menjawab..... tadi pakcik pakistan datang saya nampak dia tiup belon mama dan saya dengar mama berteriak.. ya.. tuhannn.. laju lagiii... saya dekat sampai sudahh....

Mengejek?

Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

Akta 15?

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Jeff dan Rose selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Jeff : "Kita nak kemana nie?
Rose : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Jeff : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rose : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Jeff meletakkan tangannya di paha Rose.. nampaknya Rose tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Jeff mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rose masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Jeff mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rose berkata dengan sopan..

"Abang Jeff... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rose itu.. Jeff terus menarik tangannya menjauhi Rose.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Jeff : "Maafkan saya"
Rose : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Jeff terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan
Separuh Jalan Sahaja"

Wakakakaka... ... ...