Thursday, March 17, 2011

Abu Dan sejarah

Pada suatu hari di sebuah kelas yang ceria kelihatan seorang guru sejarah sedang mengajar anak-anak muridnya dan dia bertanya kepda seorang muridnya yang pemalas di kelas tersebut..
Guru Sejarah: Abu, cuba bagi tahu semua kelas, apa kau punya Moto Hidup...
Abu: ERmm..."Perjalanan Hidup Masih Jauh, Yang berlalu Biarkan Berlalu"
Guru Sejarah: Apakah maksud ayat itu abu???
Abu: Ertinya, tak payahlah kita belajar sejarah cikgu...
Guru Sejarah: *(%^&*()


Hahahahhahahaha

Pintu Pagar

Seekor kanggaroo boleh keluar dari kandang setiap hari..jadi, penjaganya pun cari idea macam mana mau elak tu kanggaroo keluar dari kandang dia.. Oleh sebab dia tau kanggaroo tu boleh lompat tinggi, maka dia pun pasang pagar 10 kaki.. esoknya, keadaan masih sama. kanggaroo itu masih buli keluar.. jadi dia tambah lagi 20 kaki, tapi esoknya,sama jg.. Kanggaroo itu masih lg buli keluar..Ketika pagar itu ditambah 40 kaki lagi, unta yang ada di sebelah kanggaroo itu pun bertanya kepada kanggaroo itu..
Unta: Kanggaroo,Kau rasa, kau buli lumpat lagikah pagar tu? Kau rasa berapa tinggi lagi dorang mau buat pagar??
Kanggaroo: Saya rasa, dorang buat 1000 kaki pun tidak apa, kecuali ada orang yang kunci pintu pagar tu pada waktu malam..
Unta: 0o0o0o0o... (telengong punya manusia)


Hahahahhahaha

Lanun

Abu merupakan seorang lanun yang sangat ganas di laut... satu hari dia ingin menyamun di laut ladi..tp kata orang, malang tidak berbau..laut bergelora dan kapalnya mulai tenggelam..saat itulah dia teringat kepada Tuhan.. dia berdoa..
Abu: "Ya Tuhan, ampunilah dosaku.. kalau engkau selamatkan aku dari laut gelora ini, saya janji tidak akan menyamun lagi.."
dan ketika itulah juga laut tenang..dan Abu berjaya kembali ke daratan..
Tetapi, ketika di daratan, perangai Abu tidak berubah juga..dia memeras ugut dan menyamun orang... satu hari, taufan datang dan merobohkan rumah si Abu..si Abu sangat susah hati..dia keluar di rumah dan memandang ke langit...
Abu: "Tuhan, saya masih ingat janji saya di laut seminggu lalu, tapi tolonggglah, jangan libatkan urusan di laut dengan urusan di darat...!!


(HAHAHAHAHAHA)

Rumput

Bapak Yang Baik Tapi Hampeh...

Pada suatu hari ada seorang bapak
yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang
memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan
rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu
itu, lalu ia bertanya...

Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?

Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...

Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!

Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...

Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!

Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...

Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?

Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...

Ibu: #$%@*&^$...

Hahahahhaha

Ayah Sebenar

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ???(siapakah ayah budak tuh????@#$%&*)

Hahahahahahhahahaha

Saturday, March 5, 2011

Shin Chan Dengan Gurunya

Soal Jawab Guru dan Shin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?

Shin Chan : Kerana sebuah papan tanda.

Guru : Papan tanda mana ?

Shin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-


Guru : Shin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?

Shin Chan : "B-O-O-W-A-Y- A"

Guru : Bukan, Salah tu.

Shin Chan : Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya

saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Apakah formula untuk air?

Shin Chan: "HIJKLMNO"!!

Guru : Apa yang awak cakap tu?

Shin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Shin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.

Shin Chan: Di sini Cikgu,

Shin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang

tergantung kat hadapan kelas!

Guru : Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?

Kelas : Shin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-


Guru : Shin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10

tahun dulu.

Shin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh

gigitan serangga?

Shin Chan : Jangan kena gigit serangga.


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*


Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku

secara kebetulan?"

Shin Chan : "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,

pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Shin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam

dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !

Shin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat

sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Sekarang, Shin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah

awak berdoa sebelum makan?

Shin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu

ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Shin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di

karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?

Shin Chan : Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *


Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap

tetapi orang tak berminat nak dengar?

Shin Chan : Seorang Guru, Cikgu!


HAhahhahahahaha

Thursday, March 3, 2011

Ekor

Monyet : Tarzan..., kenapa engkau sorang je yang pakai
cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ke?
Tarzan : Tak ada apalah!
Monyet : Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?
Tarzan : Aku kata tak ada..., tak ada lah!

Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. So dia
pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel
rahsia Tarzan.

Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia
(itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok aja keadaan
Tarzan yang berbogel tu, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.

Monyet : Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan

Hahahahhahahaha

sepopit dan lahupa

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol :"Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Hahahhahahhahaha

Tuesday, March 1, 2011

Surat...

Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.

Ayah,

Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Abu.

P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Abu,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.


Hahahhahahaha

Arnab vs kure2 Modern version

pada suatu hari arnab dan kura2 nak berlumba.so diorang tetapkanlah hari yang sesuai.setelah tiba hari tersebut mereka

pun bersedia untuk berlari......dan pengadilnya ialah beruk.

beruk:ok!!ke garisan!!sedia!!!mula!!!!!!!!!!

so mereka pun start lari.......


arnab:aku takkan tertidur lagi!!!!!!aku akan menang!!!!!

setelah berlari selama sejam akhirnya pemenangnya ialah kure2! tetapi sang arnab masih tak kelihatan.....so diorang

pun tunggu la.tunggu punya tunggu dah sampai malam.barulah kelibat sang arnab kelihatan.....

kura2:oit!!ko gi mana hah??lambat gila!!!

arnab:sorilah bro...huh!huh!aku kena saman speed trap tadi.tu yang lambat tuh!huh huh!

Hahahahhahahhahah...

Discount

Sewaktu Mamat berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah, datang seorang peminta sedekah menadah tangan depannya. Kerana merasa kesian, Mamat dengan rela hati menderma sebanyak RM1 kepada pengemis tersebut. Ketika hendak berlalu pergi, tiba-tiba Mamat dipanggil oleh pengemis itu "Ini nak, saya pulangkan 30 sen," kata pengemis itu sambil memulangkan duit kepada Mamat 30 sen. "La....kenapa pak cik pulangkan saya 30 sen ni?" tanya Mamat kehairanan. "Oleh kerana hari ini hari jadi saya, maka saya memberi Discount 30% kepada penderma" Jawab pak cik tu tanpa rasa bersalah lalu pergi meninggalkan mamat yang berada dalam keadaan bingung semacam....


hahhahahahhahahahha

Insaf..

Kerana sudah berasa insaf, Abu pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu : "encik," kata pak cik tersebut, "duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi."

Hehehehhehe

Aisyah

Pada suatu malam ketika sepasang suami isteri sedang nenyak tidur tiba2 Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."

Hahahhahahhaha