Tuesday, April 19, 2011

Cara Berfikir?

Cikgu: Abu, saya mahu memberikan satu soalan untuk kau..kalau ada 5 ekor burung,pastu kena tembak,jatuh 2 ekor..berapa lagi tinggal?
Abu: Tiada cikgu..
Cikgu: Napa pla?
Abu: Kan bunyi kuat, semua burung tekejut..manada yang tinggal..
Cikgu: Oh..sebenarnya bukan tu jawapan dia..tp saya suka cara ko befikir..

Abu: Baiklah giliran saya pula yang bertanya pada cikgu..
Cikgu: Apakah pertanyaan kau Abu??
Abu: Ada 3 orang wanita makan aiskrim, yg sorang..dia gigit2 aiskrim tu, yang sorang lagi, dia kunyah2, yang sorang lagi, dia jilat2.. yang mana satu yang telah berkahwin??
Cikgu: Semestinya yang menjilat2 aiskrim tu kan??
Abu: Saya suka cara fikiran cikgu..tp sebenarnya yang telah berkahwin adalah orang yang memakai cincin kawin..
Cikgu: %^&*()!!~


HAhahhahahhahahaha

Mat Rempit Sejati

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Hahahahhaha

Wednesday, April 6, 2011

Lif

Abu datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik.Abu pun ikut pelayan itu menuju ke biliknya dan mereka sampai ke sebuah bilik kecil lalu pelayan tersebut menutup pintu, Abu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.


Abu:"aduhaii,mungkin saya ni tua dan kekampungan, tapi tidak bererti sa bodoh!mahal2 saya bayar, nampak macam tidak setimpal pula!! Bilik ini kecil saja, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
Pelayan tu terdiam kejap lalu jawab..
Pelayan:"Encik..Kita belum pun sampai,bilik ini namanya LIF.."



Abu:"Oh..sorry ah.. -_-"


Hahahahhahahahhahaha



Hanya Seorang!

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00..mesin komputer menjawab:
"47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"


Hahahahhahahahha

Hasil Jualan

Abu Menghidap Penyakit Barah otak dan sedang nazak
Ketika Abu menghadapi saat-saat kematiannya, dia pun memanggil isterinya


Abu: Sayang, saya betul2 minta maaf. sebab dulu saya pernah meniduri wanita lain..
Isteri Si Abu dengan sedih dan penuh kasi sayang memaafkan segala perbuatan si abu itu maka dia bertanya kepada suaminya..
Isteri Abu: Sayang, berapa orang perempuan yg kau tidur dulu?


Abu: Ermm..kau tengok saja di laci di meja tuh.. setiap wanita yg saya tiduri, saya akan letak 1biji telur..


Si isteri pun pergi tengok ..ternyata hanya 2 biji telur dan wang rm150 dalam laci tu.. dia tersenyum kerana dia tau hanya 2 wanita saja yg dia tiduri..


Bini: Tak apa sayang.. tp wang rm150 tu dari mana?


Abu:Oh, itu duit hasil jualan telur-telur yg terdahulu..
dan si isteri terus pengsan serta merta,,,


hahahahahahahha

Silap Nombor

Abu seorang yang sangat suka melancong dan pada suatu hari dia mengajak isterinya untuk bercuti di Bali,indonesia.Isteri abu mempunyai urusan pada hari tersebut dan hanya boleh menyusul pada hari esoknya.Maka abu pun berjalan dahulu dan isterinya berpesan kepadanya supaya menghatar sms apabila sampai nanti.Ketika sampai di Bali Abu bergegas menghantar msj kepada isterinya tetapi disebabkan dia terlupa membawa handphone maka dia cuba untuk mengingat nombor telefon isterinya tetapi dia terlupa 1 nombor di belakang dan dia saja letak apa2 nombor dan mesej tersebut telah sampai kepada seorang wanita yang baru sahaja kematian suami.Melihat Kandungan Mesej tersebut maka wanita itu berteriak dan terus jatuh pengsan.Ahli keluarga wanita tersebut amat hairan dan mengambil handphone wanita tersebut untuk mengetahui kandungan mesej tersebut.. Rupanya ada mesej yang berbunyi " Hai isteri ku yang tercinta. Aku baru saja sampai. Di sini panas betul oh! Dan semuanya sudah tersedia untuk menyambut kedatangan mu esok "..


Ahhahahahahhahahaha