Monday, February 28, 2011

Jalak Tua


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.


Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Hahahahhahaha

Wednesday, February 23, 2011

Don't Worry

Ketika Abu baru balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan,satu kat sebelah. Yang kat depan, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah abu pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu mereka pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah abu melihat perbuatan mereka. Abu Melihat orang Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah berfikir. Abu pun menangkap
Bangla tu terus campak ke luar tingkap....belum sempat semua orang bertanya
lagi abu pun berkata...,

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Hahahhahahaha

Kasut

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Kalau Kena..

Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Hahahahhaha

Seven Eleven

Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Hahahhahaha

Dr dengan Pesakitnya

Dr.Mamat:"tahniah kerana anda menyelamatkan nyawa orang lemas kemarin...awak mungkin akan keluar cepat..tapi, yang malangnya, orang yang kau selamatkan tu dah mati.dia dijumpai mati tergantung tadi pagi.."(dengan nada sedih)

Pesakit Jiwa:"Oh..begitu rupanya..sebenarnya, saya... yang gantung dia supaya dia cepat kering.."

Dr.Mamat: !!*&**^&$&*^%#$!!

Tuesday, February 22, 2011

Tolong Bangunkan dia..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Pengorbanan

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Nak Nyanyi?

Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".

Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!".

Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!",
terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

Hahahahahhaha

Kuda

Al-Kisah...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bah Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.

Durian

Si Abu sedang menjual durian di tepi jalan

Ketika menjual durian, datang seorang pelanggan:

Pelanggan:"Pakcik, berapa harga durian pakcik ni?"

Abu:"Murah ja ni..rm1/kilo"

Pelanggan:"Ok..angkat semua dalam Lori.."

Tiba-tiba, si Abu terdiam..si pelanggan hairan dan tanya:

Pelanggan:"Napa pakcik?"

Abu:"Ermm..macam ni..tak ...jadilah saya jual durian ni..kalau saya bagi kau, apa lagi saya mau jual?"

Pelanggan:"&(*%&%*


Hahahahhahaha

Sunday, February 20, 2011

Jokes Of The Day.

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cuba kira brapa black belt dia ada.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ada tulis 'TARIK'

Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
Nenek si katak

Knapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa ...gila ka...

Gajah terbang dengan apa?
Dengan susah payah......

Hahahahha

Viagra

seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durjana seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat serta-merta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.

Hahahahahha

P???

Abu baru dapat lesen "P" apabila dia ditahan di Jalan Penampang dan dia terlupa lekat "P" di keretanya..


Polis: "P" mana encik?


Abu: "saya pi donggongon.."


Polis:"Ai..ko main-main? "P" mana?
Abu:"Saya pi dongongon bah ni!!! ko ni polis ke apa??!!" (Marah sudah) ko fikir saya x tau jalan pi donggongon ka...h?!!!"


Polis:"Pi pi pi pi lah! Bikin susah saja! jalan!!( Jpj Mna yg bg ujian nie!!!)"


Abu:"Kan senang macam tu..."


Hahahahhaha

Dimana Letaknya London??

Pada suatu hari Anak si Abu menangis2 ketika balik dr sekolah..


Abu:"Napa kamu menangis?"


Anak:"Cikgu marah saya,pa.Dia cakap saya bodoh..dia tanya soalan,saya tak dapat jawab.."


Abu:"Apa juga cikgu tu tanya?"


Anak:"Dia tanya,DIMANA LETAKNYA LONDON?Saya tak dapat jawab.."


Abu:"Nah..kan bapa dah cakap, lain kali kalau mau LETAK barang, jangan lupa dimana tempatnya.."


Anak:"@#$%&*..bapaa..bapa.."(mengeluh)

Siapa Yang kentut?

Mamat adalah seorang pemandu bas dari selangor ke perlis dan pada suatu hari ketika dalam perjalanan ke perlis, keluarlah bau kentut yang tersangat busuk....Mamat sangat lah marah


Mamat:"Siapa yang kentut tu?!!"
Tiada siapa yang mengaku atau menyahut..Dengan Perasaan sangat marah sekali...dia tekan minyak kereta sambil teriak...


Mamat:" Yang kentut tadi tu turun mana???"


Tiba-tiba...:
Penumpang:"Saya turun sana depan pakcik"


Mamat:!!~)~*)~!! Mengaku juga kau!~~


Hahahaha

Curang

Pada suatu hari yang indah2 belaka,si Ali dan si Abu sedang duduk meminum kopi buatan janda kak limah di gerai pak sanggup..Tiba2 Si Ali membuat statement yang sukar dipercayai oleh si Abu..


Ali: Encheck Abu,tahukah engkau bahawa isterimu telah curang dengan kawan muh sendiri?

Abu: Saya sangat2 lah tidak tahu dan tidak akan mempercayai cakap mu ituh Wahai encheck Ali..

Ali: Sekiranya engkau tidak percaya,sila lah pulang sekarang dan tengok samada betul atau tidak..

Abu pun bergegas pulang ke rumah nya dan tidak lama kemudian dia kembali ke gerai pak sanggup dan berkata:
Abu: Penipu betulah engkau nie ali,ituh bukanlah kawan kuh..inilah first time sa nampak dia dengan bini saya..

Ali: yalah(bini curang pun x peduli ka)@#$%&

Hahahahhaha

Urgent!

Dalam satu malam yang sunyi, telefon rumah seorang pustakawan berdering:


Pemanggil: Pukul berapa Perpustakaan buka?


Pustakawan: Jam 9 pagi encik..napa?


Pemanggil: Tak boleh awal sikit ke? Urgent ni!


Pustakawan: TIDAK BOLEH!! Kan saya dah cakap jam 9AM!! Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu 9am baru masuk? (dengan ...nada tinggi)


Pemanggil: Siapa kata saya mau masuk! SAYA MAU KELUAR DARI SINI SKRG!!


Pustakawan: (aha terkunci ka plak....hehe)


Hahahahhahaha

Monday, February 14, 2011

Koyak Tiket.

Pada 14 hb 2 2010 bersamaan dengan hari berkasih-kasihan sedunia,Mamat mengajak isterinya untuk menonton Filem romantik.

Sampai di pawagam terus Mamat membeli 2 tiket wayang untuk dia dan isterinya..tidak lama kemudian,dia putar balik lagi membeli 2 tiket..tidak sampai 3 minit,dia beli lagi 2 tiket.. jadi hairanlah si penjual tiket ni lalu tanya:

Penjual: "Ai?tadi encik dah beli tiket kan? Napa beli lagi?"

Mamat:"Macam mana juga! Saya baru mau masuk, mangkuk depan pintu tu koyakkan tiket saya!!"

Penjual tiket: *(&^%*(^)(!!


Hahahahhahahah

Jumlah Ikan

Si abu yang baru balik dari memukat ditegur oleh ali dalam perjalanan pulangnya


Ali: eh Abu, kau dari mana ni?


Abu: saya dari memukat ikan bah tapi sikit ja ikan saya dapat...


Ali: alalala, teda nasib laitu..bagilah sikit bah


Abu: Bah..cuba kau teka berapa ekor saya dapat ikan..kalau kau buli teka, saya bagi semua 21 ekor ikan yang saya tangkap...


Ali: ermmm... 14 ekor kali..


Abu:... Uhuuu..salah...Cuba lagi lain kali... *&%*^%!~


HAhahahhahaha


Telanjang...Keh3..

Satu hari, ketika abu pulang ke rumahnya..dia amat terkejut apabila dia ternampak isterinya sedang terbaring di atas tilam dengan bertelanjang.. si Abu kaget..dia fikir sudah tentu bininya kena serangan jantung.. dia cepat2 menggapai telefon untuk menelefon doktor..
Tiba-tiba anak si Abu yang berumur 5 tahun menangis-nangis sambil menunjuk-nunjuk ke almari..
Anak:"Pa...ada lelaki telanjang dalam lemari tuuuuuuu....!!"
Si Abu terus buka almari tu dan menarik tangan lelaki telanjang dalam almari tu..terus dia tumbuk muka lelaki tu..
Abu: "Sialan kau!! Sudahlah bini saya pengsan, kau kasi takut-takut lagi anak saya!"
Terus dia sambung telefon doktor..


Hahahahhaha

Jam 9...

Satu hari si Abu pergi jumpa seorang doktor..
Abu : Doktor, saya ada masalah bah ni..


Doktor: Apa masalah kau Abu??


Abu: Saya selalu buang air besar jam 6 pagi tiap-tiap hari..


Doktor: Alah.. itu normal lah tuh..maksudnya,percernaan kau sangat-sangat bagus...apalah masalah kalau begitu??


Abu: Masalahnya dok, saya bangun hanya pada pukul 9 pagi.
Doktor: ^&*()!!~~ wakakak..

Penyebab Kebakaran...

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.


Hahahahaha

Kakaktua

Alkisah Abu yang tinggal keseorangan di banglo teratak miliknya.

suatu hari si Abu bcerita d kedai kopi yg dia sangat ksunyian, kawan2 dia pun rekomen beli burung Kakaktua untuk temankan dia. Abu pun beli lah seekor Kakaktua. Baru saja sampai d rumah tu Kakaktua start bercakap yg kasar2. Si Abu tidak tahan dengar, dia tampar tu paruh Kakaktua. Makin teruk pula Kakaktua tu punya bahasa. Sejam kemudian si Abu x tahan, dia ambil selimut n tutup sangkar Kakaktua. makin kuat suara Kakaktua bercakap. sejam berlalu si Abu tidak sanggup dengar sda. Dia ambil tu Kakaktua sumbat dalam peti sejuk.. teriak2 Kakaktua tu maki hamun Tuannya.. tiba2 Kakaktua jadi senyap. Lega ckit Abu bila kakatua ituh berhenti bercakap. Tapi Abu panik sebab rasa tu Kakaktua mungkin cedera atau sda mati, jadi dia pegi tengoklah..
Sekali dia buka tu Kakaktua bilang. "Maafkan saya di atas kata-kata saya yg kasar tadi bos".. heran juga abu apabila kakatua itu tiba-tiba bersikap sopan.


Kakaktua menyambung kata2 dia. "Tapi serius lah bgtau sia bos? Apa juga tu ayam dalam peti ais itu buat sama bos sampai dia jadi begitu??


Hahahahahha

Saturday, February 12, 2011

Pos

Seorang posman menghantar surat ke rumah si Abu..


Posman: selamat pagi, ni rumah encik Abu Bin Ali kah?


Abu : Ya..rumah sayalah ni..


Posman: Syukurrrrr...mau 4 jam saya cari rumah kamu ni..jumpa juga akhirnya...(sambil lap peluh)


Abu: aduhai..susah2 ja encik ni.. napa tak poskan saja surat tu? tak payah susah2?


Posman: (Jadi aku nie kerja apa?@#$!%&*!)


Hahahahahha

Lain Warna

Ketika jalan ke Pasar, seorang bapa baru sedar dia punya selipar berlainan warna.
Oleh sebab sudah jauh untuk balik rumah, dia suruh anak dia ambil sambil menunggu di tepi jalan.
sejam kemudian, anak tu kembali dengan tangan kosong...


Bapa: "ai, mana selipar yang saya suruh kau ambi tu?punya lama kau tu.."


Anak:"alah bapa..., sia2 ja saya balik..selipar yang dirumah pun berlainan warna.."


Bapa: *^&%&*%*


Hahahahaha

Shhhhh....Diam2!

Alkisah,ada pemuda bekerja di zoo..
tugasnya, memakai baju gorila dan bergayut di pokok..satu hari ketika begayut2,tiba2 tangannya terlepas dan jatuh di kandang singa..bila dia tenampak singa,dia pun menjerit ketakutan..


Orang Gorilla: "tolongg...aku bukan gorila..aku manusia..tolongg...!!"(melambai2)


Tiba2,singa tu tarik tangannya dan bebisik:"weii diamlah..kalau tidak, kita berdua kena pecat"


Hahahaha

Duit Tambang

Ketika memandu teksi, tiba2 seorang perempuan cantik bogel datang menahan teksi si Abu..
si Abu sesak nafas selama 2 minit dan asyik memandang perempuan bogel tersebut.
Tiba-tiba perempuan itu berkata..


Perempuan:"Hoi..apa tengok-tengok!Tak pernah nampak perempuan bogel ke?"


Abu:"Bukan cik..tapi pakcik heran, dari mana wang tambang teksi ini nanti dikeluarkan?"


Perempuan:Grrrrr....


Hahahahaha

Lupa Makan Ubat

Pada satu malam isteri si Abu mengejutkan si Abu yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat


Abu: ih, napa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...


Isteri: Abang lupa makan ubatlah...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.


Abu: Ubat apa ?


Isteri: Ubat tidur.
Abu: (Bertuah betul aku dapat isteri mcm dia nie tau@!@#$%&*)


Hahahahaha

Friday, February 11, 2011

Wanita dan polis

Seorang wanita mau kencing betul tp bas yang dia naik tidak mau berenti..jadi oleh sebab tidak tahan sudah, dia pun buka tingkap dan kencing...
Kebetulan, seorang polis yg bediri di tepi jalan tekena kencing perempuan tu..marahlah dia lalu kejar dan memberhentikan bas tu...


Polis: Sapa yang ludah saya tadi??!!
semua penumpang diam..
Polis: Cepat mengaku! kalau tidak saya cek kamu satu2!
Tiba2 tu perempuan bediri..
Perempuan: Maaf tuan..saya yg buat..(Ketakutan)


Polis: Kamu duduk! Yang saya nampak tadi tu bejambang!
Perempuan: *((^&^*()*)&(&~~!!



Hahahahha

Kantoi..

Pada Suatu malam yang sunyi Isteri Ali mengadu kepadanya tentang kehilangan seluar dalamnya

Bini: "Dear, kau taukah seluar dalam saya hilang 10?!! Ko tanya amah kita tu! Mungkin dia yang curi!!"


Ali: "Mas,kau datang sini!!"

(Mas pun datang)


Ali:" Kau kah yang curi seluar dalam bini aku tu?10 yang hilang tau!!" (dengan suara marah)
Mas :"Enggak pak..tapi..tapi..bukankan bapak pun sendiri tau yang Mas tak pernah pakai seluar dalam?"


Ali: *^%&*(^%I((^^&*


Hahahaha

Laporan Polis

Satu hari si Abu pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis...


Abu: "Selamat pagi tuan.."


Polis: "Selamat Pagi"
Abu: "Saya nak buat report tuan..kawan saya dibaham harimau.."


Polis: "Pukul berapa?"


Abu: Tak kena pukul tuan, kena terkam jer.."


Polis: "Habis??????"


Abu:"Tak lah habis sangat...masih tinggal kepala"


Polis:... *(^&*^%*$#$&^%&*(


Hahahahaha

Mama!??

Suatu hari pada petang senja yang aman..Binatang yang dinamakan ayam dan lembu sedang berbual-bual..


Ayam: Manusia ni terlalu pentingkan diri..mereka ambil telur saya..macam mana saya mau beranak..kemarin saya betelur 8 biji semua kena ambil.. T_T


Lembu: Itu belum teruk lagi..saya, ko taukah? Manusia hari2 minum susu saya..tapikan.. isk isk.. (Menangis).. tiada sorang pun panggil saya MAMA.. :((


Ayam: YAlah tu...


Hahaha

Duduk!

Abu terlambat jumpa seorang YB lebih 2 jam. YB tu marah betul sama si Abu:

YB: Napa kamu lambat? 2 jam saya menunggu!!


Abu: Saya salah YB. Lif rosak jadi saya terpaksa berdiri selama 2 jam sampai lif dibaiki...
YB:Tolol!! Jadi kamu terpaksa berdiri tunggu lif siap selama 2 jam??
Abu:Ya YB (takut sudah)
YB: Tolol dan bengong!! Napa kamu tidak duduk saja???
Abu: (Ingat marah pasal apa =_=")


Hahahahha

Abu Naik Kapal

First Time si Abu naik Kapal Terbang menuju ke semenanjung malaysia..
Si Abu naik kapal terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA.Ketika dalam kapal, aircond tidak berapa berfungsi..si Abu rasa sangat panas tapi dia bertindak untuk mendiamkan diri..
Setelah 2 jam perjalanan, kapal tu landing Di KLIA..
ketika turun dari kapal,barulah si Abu nampak kipas kapal tu..barulah dia faham..lalu dia berjumpa dengan pramugari:


Abu: "Cik..Patutlah panas dalam kapal kamu tu tadi..rupanya kipas dia di luar.."
Pramugari: "Hah???" (bingung)


Hahahaha

Nasib Tidak Terpijak..

Satu hari ketika sedang berjalan-jalan di kampung , si mamat tenampak seketul tahi di tepi jalan.Tapi dia masih confuse samada tu tahi betul2 atau pun bukan.
Mula2, dia sentuh tahi itu:


Mamat:"Bentuk macam tahi"


dia masih confuse, dia belek2 tahi ituh:
Mamat:"Ermm..lembut macam taih jg.."
Tapi si Mamat masih tidak yakin, lalu dia jilat siiikit......


Mamat :"Uweekkk..bau macam tahi..memang tahi nie..NASIB TIDAK TERPIJAK!!"


Hahahaha
hAHHA...

Thursday, February 10, 2011

Pelatih

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Hahaha

Wanita Bersalin

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak gila dan tak mahu keluar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar.
Psychologist tu pun cakap lah, "Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase saja nie."
Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ada 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak gila lalu berkata, "Yang tu pun saya juga, uhwaaa..!!!"


Hahahaha

Anak Burung kakak Tua???

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Hahahahaha

Banduan Yang bijak

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.


Rupanya surat itu discan pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu pelatun tentera dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu pelatun tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh pihak tentera, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih atas usaha keras mereka."

Pihak rumah tahanan yang membuat scanning surat ini pengsan trus......

Hahahahha

Riwayat Sang Pontianak

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

Hahahahha

Resume!

RESUME Name: Abu Bin Bakar

Age: Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before Race: I love to race, how you know?

Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo

IC Number: 6735

Telephone number: House no telephone

Hand phone number: 3310

Address: Penang Jelutong

City: Nor Haliza? Malaysian top singer right?

Postcode: I never post anything

State: In my family, I am 2nd

Country: I love to travel to Canada Marriage

status: Secret Email Address: Hotmail

Education Background: My teacher said not bad

Working experience: Last time got sell pirated VCD

Father's name: Daddy

Father's IC: You ask him

Mother's name: Mummy

Mother's IC: You ask her

Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay

When can start work: Depends on my mood

Highest qualification:Yes, very high

Grade: Yes, very high

College/University: College


Signature: Can I use chop?